Saturday, 16 March 2013

ERGONOMIK DALAM SESUATU REKA PRODUK....

Assalamualaikum w.b.t,.salam sejahtera semua., salam 1 malaysia =)
Alhamdulillah diam tak diam minggu ni telah selesai minggu ke lima kuliyah. Topik yang dibincangkan minggu ke 5 ni antaranya mengenai ERGONOMIK!!..

Apa yang diterangkan oleh pensyarah saya,.ergonomik ni adalah suatu sifat 'keselesaan' yang ada dalam sesuatu produk. Kebiasaannya sifat tersebut dikaitkan untuk manusia..contohnya dalam pembuatan kerusi, salah satu ciri-ciri atau sifat yang perlu ada adalah 'ergonomik'. Ia penting untuk keselesaan manusia bagi mengelakkan daripada berlakunya punca-punca mendapat sakit seperti sakit belakang, sakit pinggang dan sebagainya ketika duduk.

Ahak.! berikut adalah keterangan lanjut mengenai ergonomik setelah bodek-bodek bertanyakan pada pakcik google..=)

Menurut wikipedia, nama ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi). Bermaksud, rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia.

Prinsip-prinsip ergonomik adalah untuk :-
1) membaiki penggunaan antara pekerja dengan tempat kerja. 
2) Jenis peralatan yang mereka gunakan, bagaimana proses kerja dilakukan dan 
3) perkitaran tempat mereka bekerja.


Mari kita lihat contoh produk yang tiada sifat ergonomik dan produk yang memiliki sifat ergonomik..jom2 kita terjah,.:p 









Haa..inilah akibatnya sekiranya ciri-ciri ergonomik tiada dalam sesuatu produk,ia boleh mendatangkan perkara yang buruk terhadap manusia.Jadi...selepas ini kita hendaklah lebih peka lagi dalam menggunakan barangan. Kita haruslah menggunakna barang yang memiliki sifat ergonomik bagi mengelakkan kesan buruk yang akan berlaku pada kita sama ada jangka pendek atau jangka panjang,maka dengan itu...sayangilah diri anda. LOL!  ^L^




~ 3 Tip Mengelakkan Kesakitan Ketika Duduk Lama Menghadap Komputer ~

  1. Lakukan senaman ringkas bagi meregangkan otot-otot badan di ruang kerja kita.
  2. Gunakan teknik Pomodoro 30 minit. 25 minit digunakan untuk fokus melakukan kerja dan 5 minit untuk kita berehat sebentar.
  3. Lihat pemandangan landskap hijau untuk merehatkan mata yang kering akibat mengadap terlalu lama skrin monitor komputer.



RUJUKAN:-



Saturday, 9 March 2013

ReKaBeNtUk..!!


Minggu ke 4 kami membincangkan pula mengenai REKABENTUK, so apa yang boleh dibayangkan dan diperkatakan mengenai rekabentuk..?! Pada pandangan saya, rekabentuk adalah sesuatu yang direka dengan ciri-ciri tertentu dan bersesuaian dengan sesuatu produk dan juga mempunyai nilai-nilai kesenian serta berkaitrapat dengan kreativiti yang telah dibincangkan pada minggu ke 2.

Namun setelah mendapat sedikit maklumat daripada 'pak cik google' menurut Wikipedia Ensiklopedia Bebas ada menerangkan, "Rekabentuk biasa diterjemahkan sebagai seni terapan, seni bina dan berbagai pencapaian kreatif lainnya. Dalam sebuah kalimat, kata 'rekabentuk' boleh digunakan baik sebagai kata nama mahupun kata kerja. 

# Sebagai kata nama, 'rekabentuk' digunakan untuk menyebut hasil akhir dari sebuah proses kreatif, sama ada sebagai sebuah rencana, kertas kerja, persembahan, permodelan atau berbentuk objek nyata'. 
# Bagi kata kerja pula, 'rekabentuk memiliki erti 'proses untuk membuat dan menciptakan objek baru' "..

Menurutnya lagi.."Proses perekaan pada umumnya memperhitungkan aspek fungsi, estetika dan berbagai macam aspek lainya, yang biasanya datanya didapatkan dari kajian, pemikiran, perah otak, mahupun dari rekabentuk yang sudah ada sebelumnya",.yaa, itulah serba sedikit penerangan mengenai rekabentuk.

Selain daripada itu, rekabentuk juga mempunyai pengelasan dalam senirupa antaranya adalah:-

                                                        
     
     1) Rekabentuk grafik                        
     2) Rekabentuk pakaian
     3) Rekabentuk produk
     4) Rekabentuk dalaman



So, daripada penerangan di atas mungkin anda dapat memahami dan mengetahui serba sedikit mengenai REKABENTUK, right?!,=)

Nah! ini dia beberapa keping gambar untuk cuci mata anada semua...~ ^J ^ ~










































RUJUKAN:-
1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Reka_bentuk
2)https://www.google.com.my/search?hl=en&tbm=isch&sa=1&q=DESIGN&oq=DESIGN&gs_l=img.3...808016.810916.0.811323.15.9.0.0.0.0.0.0..0.0...0.0...1c.1.5.img.g_sxlkQXdOY&bav=on.2,or.r_cp.r_qf.&bvm=bv.43287494,d.bmk&biw=1366&bih=624&ech=1&psi=vQk8Ueq2AZCnrAf9pYGIBg.1362889153338.1&emsg=NCSR&noj=1&ei=vQk8Ueq2AZCnrAf9pYGIBg



Sunday, 3 March 2013

L@kAr@N mInGGu Ini !

Assalamualaikum semua..;)     

Minggu ini saya ingin menceritakan sedikit tentang 'LAKARAN' yang telah telah ditugaskan oleh pensyarah kami bagi kelas Asas Rekacipta,.Sebenarnya pada minggu lepas,kami telah ditugaskan oleh pensyarah kami untuk membuat lakaran sebanyak 30 lakaran benda,barang,haiwan atau sebagainya untuk dimuatkan ke dalam buku idea. So, saya telah melakar bermacam-macam benda yang terlintas di fikiran saya sewaktu membuat lakaran tersebut,.

Antaranya termasuklah pasu,baju,kapal layar,buah anggur, pisang, beg tangan, kek pun dilukis dik kerana teringin nak makan kek 'secret recepi' pada waktu tu..hehe.

           Alhamdulillah,.finally saya dapat menyiapkan juga 33 lakaran dengan melakar bermacam-macam jenis benda walaupun hasil lakaran saya tidak sehebat Imuda (Artis), tidak sehandal Ismail Ma'embong (Artis) or Lat (Kartonis Negara) tetapi saya bersyukur kerana lakaran yang dibuat saya ok la dari tangan yang keras ni.:p.Biasalah orang teknikal tetiba nak jadi orang seni la katakan..=)

            Kadang-kadang tengah kusyuk melukis terpikir jugak untung nya orang-orang yang diberi bakat oleh Allah Maha Besar, sebab dengan melukis juga kita dapat mengilhamkan apa yang kita rasa dan dapat melukis balik ciptaan Allah yang sangat hebat. 

Satu kelebihan bagi mereka yang berbakat dalam seni lukis ni pasti seronok dapat melukis ape je yang mereka nampak, dan mereka rasa. Dengan melukis juga kita boleh dapat kepuasan. Apa-apa pun kita tetap perlu bersyukur dengan nikmat yang tuhan berikan, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan dalam bidang-bidang masing-masing. Allah itu Maha Adil. Sekiranya kita berminat dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara pasti hasilnya tuhan akan berikan yang terbaik,.InsyaAllah..


Tadaa..ini lah antara hasil lakaran-lakaran yang dilkukis saya..boleh la kan..:p ~>J<~



















Ok,.guys,.sesiapa yang suka melukis nanti pasni boleh lah cuba-cuba asah bakat melukis or melakar pasti hasilnya terbaik,.InyaAllah.yang penting usaha dan minat.,.emm, ok lah sampai disini dulu catatan saya buat minggu ini,jumpa lagi.wassalam..;)


Sunday, 24 February 2013

ApA iTu KreATiViTi??


Minggu ini isu yang perlu dibincangkam dalam subjek 'ASAS REKACIPTA (SPPE 2032)' adalah mengenai 'KREATIVITI'. Apa yang dimaksudkan dengan KREATIVITI??





Tersebut adalah sedikit info mengenai KREATIVITI..

Definisi kreativiti

Kreativiti ditakrifkan dengan kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:
  • Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik.
  • Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.
  • Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.
 Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut kita boleh menjelaskan kreativiti sebagai:
  1. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif.
  2. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif. 
  3. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru. 
  4. Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan.






Cerita mengenai 'KREATIVITI'..



Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian 'Kreatif' itu. Namun begitu, hal ini dalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana, dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki.


Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada ‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.

Namun menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”

Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:



1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern of sameness.

3. Berfikir di luar kotak atau ‘thinking outside of the box’.

4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.

5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.



Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”

Perlukan banyak idea??..Jadi, mari kita mencari idea-idea yang menarik dengan sentiasa berfikiran KrEaTiF dan diluar kotak pemikiran kita...=)

~LeT's Be CreaTiVe,~


  Rujukan:-

1) http://maribelajar.forumotion.com/t1532-apakah-kreativiti
2) http://sarawak.uitm.edu.my/kik/index.php?option=com_content&view=article&id=6&Itemid=24
3) http://muassasah.wordpress.com/2007/03/14/apa-itu-kreativiti/