Minggu ini isu yang perlu dibincangkam dalam subjek 'ASAS REKACIPTA (SPPE 2032)' adalah mengenai 'KREATIVITI'. Apa yang dimaksudkan dengan KREATIVITI??
Tersebut adalah sedikit info mengenai KREATIVITI..
Definisi kreativiti
Kreativiti ditakrifkan dengan kebolehan atau keupayaan untuk mencipta,
mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui
kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:
- Keupayaan berfikir yang dapat
melahirkan idea baru yang unik dan menarik.
- Keupayaan berfikir secara kritikal
dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya
mengemukakan cadangan penyelesaian.
- Keupayaan berfikir secara
praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.
Berdasarkan
kepada definisi-definisi tersebut kita boleh menjelaskan kreativiti sebagai:
- Kebolehan
atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu,
menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif.
- Kebolehan
atau kemampuan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan
pemikiran kreatif.
- Kebolehan
atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau
baru.
- Hasil
kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan.
Cerita mengenai 'KREATIVITI'..
Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat perbezaan tanggapan pada pengertian 'Kreatif' itu. Namun begitu, hal ini dalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana, dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang mereka miliki.
Menurut kamus Webster’s (1976)
pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something new existence”.
Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu
yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam,
dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru
sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada ‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran
manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam
keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya
menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu
ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.
Namun menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang
berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini
terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat
disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi
kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to
make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna
‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”
Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak
rigid berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh
dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli
agama, peguam, jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan
sebagainya. Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal
mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri
kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi
menggambarkan produk sosial yang dihasilkan. Berdasarkan konsep kreativiti
secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti
berikut:
1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern of sameness.
3. Berfikir di luar kotak atau ‘thinking outside of the box’.
4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu
berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea.
Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik.
Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan
pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang
dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam
pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang
lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity
involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”
Perlukan banyak idea??..Jadi, mari kita mencari
idea-idea yang menarik dengan sentiasa berfikiran KrEaTiF dan diluar kotak pemikiran kita...=)
~LeT's Be CreaTiVe,~
Rujukan:-
1) http://maribelajar.forumotion.com/t1532-apakah-kreativiti
2) http://sarawak.uitm.edu.my/kik/index.php?option=com_content&view=article&id=6&Itemid=24
3) http://muassasah.wordpress.com/2007/03/14/apa-itu-kreativiti/
2) http://sarawak.uitm.edu.my/kik/index.php?option=com_content&view=article&id=6&Itemid=24
3) http://muassasah.wordpress.com/2007/03/14/apa-itu-kreativiti/
No comments:
Post a Comment