Thursday 13 June 2013

*BuKu IDea + Projek Asas Rekacipta*

Assalamualaikum w.b.t..
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ni =)

Dah 5 minggu rasenye tak sempat nak update blog ni.,dengan ke 'busy' an yang teramat sangat minggu-minggu terakhir semester 2 tuk tahun 2, finally alhamdulilllah dengan izin Allah Ta'ala selesai juga saya habiskan tahun 2, ini juga bermaksud dah separuh perjalanan saya tuk capai segulung ijazah..Alhamdulillah..
Dan tak lupa juga terima kasih tak terhingga buat semua pensyarah yang telah mencurahkan ilmu mereka kepada saya dan rakan-rakan saya sepanjang kami menuntut ilmu di UTM ni. Semoga tuhan merahmati mereka,.Amin..

Alhamdulillah selama 15 minggu saya dan team mate telah menyiapkan buku idea masing-masing dan juga projek rekacipta kami iaitu model pemerah santan dengan jayanya. Dan projek tersebut telah pun dibentangkan kepada pensyarah kami iaitu Dr. Nor Fadila Md Amin dan juga pembantu pensyarah Encik Ilham Jafrin pada 11hb Jun 2013 untuk dibuat penilaian..Alhamdulillah ianya telah berjalan dengan lancar eventhough 2 dari kami tak berapa sihat waktu tu, sorang demam, sorang lagi sakit gigi teramat sangat disebabkan gerahan bongsu nak tumbuh..hehehe..Apa-apa pun 'Bismillahitawakkaltualallah',.kami berserah dan tawakal dengan result yang akan kami trime atas segala usaha kami bersama selama 15 minggu..

Untuk memenuhi modul asas rekacipta ni, selain daripada blog ni dibuat dan perlu di update dari semasa ke semasa, kami juga perlu membuat buku idea secara individu dan juga projek asas rekacipta dengan membuat model secara berkumpulan.


~ BuKu IdEa ~

Ok,.fisrt this entry nak cite pasal buku idea,.buku ni dihasilkan secara individu. Kandungan buku ni termasuklah semua tentang projek rekacipta yang kami hasilkan..Segala idea dimasukkan dalam buku ni..
Antaranya pengenalan, bibliografi,.bibliografi sape? of coz la tuan punye buku kan but saya masukkan jugak sikit mengenai pensyarah saya, bab kata pepatah "kacang tidak lupakan kulit" gituw.,bukan nak bodek-bodek k,.hee..lagi, 30 lakaran bebas yang dilukis alaa yang sebelum ni ada saya masukkan lukisan-lukisan yang saya lukis dalam blog ni,.haa yang tu pun perlu dimasukkan dalam buku idea,.selain tu, 3 latar belakang masalah, 3 pernyataan masalah, 3 spesifikasi rekabentuk yang kami jumpai semasa membuat kajian lapangan di sekitar Johor..Dan daripada 3 masalah tu, kami perlu memilih salah satu masalah yang dijumpai. Antara lain Penjanaan idea, lakaran-lakaran produk,justifikasi pemilihan, kekuatan dan kelemahan produk yang dicipta, bahan dan kos, carta gantt dan juga lukisan kerja,.Namun isi kandungan buku ini juga boleh diletakkan macam-macam lagi terpulang kepada kami dan mengikut kreativiti masing-masing..

Nak tengok hasil buku idea yang saya hasilkan,.tadaaaaa,ini die..:)

Buku Idea Asas Rekacipta sayer..;)


~ Pr0jEK AsAs ReKacIPtA ~

Next, nak cite pulak pasal projek asas rekacipta kami,.setiap kumpulan mempunyai 3 orang ahli yang dipilih sendiri,.Ahli kumpulan saya terdiri daripada saya sendiri Ida, Qila dan Zulhakif,.Kami diberi tema tuk projek kami adalah IKS..Haa,.pasti anda semua tau kan ape IKS tu,.wat? ade yang tak tau lagi..ok tak pe saya share sikit mengenai IKS ni k,.

Orrait, IKS atau nama penuhnya Industri Kecil dan Sederhana..Ianya bermaksud sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan pusing ganti tahunan tidak melibihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuhnya yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.
(http:pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/81-rad/123-iks) 

Ok,.dengan keterangan panjang lebar di atas semoga anda tau dan faham apa itu IKS k,.
Sambung lagi mengenai projek ni,.setelah diberi tema, tugas kami setiap kumpulan perlu membuat kajian lapangan untuk mengenalpasti masalah pengusaha-pengusaha IKS dalam menghasilkan produk mereka..So, setelah membuat kajian, kami mencadangkan 3 masalah yang kami jumpai antaranya masalah pertama; racun serangga yang tidak dapat mematikan serangga pada tempat tinggi bagi pengusaha pertanian, masalah kedua; memerah santan dengan menggunakan tangan, dan masalah ketiga; membakar sate dengan terbuka. 
Melalui ketiga-tiga masalah tu, kami telah membuat perbincangan dan akhirnya memilih masalah memerah santan memandangkan idea kami lebih kepada untuk menghasilkan alat yang boleh membantu kepada pengusaha IKS untuk melancarkan dalam menghasilkan produk mereka.

Setelah kami membuat lakaran-lakaran dan menggabungkan segala idea,.kami telah bersetuju untuk menghasilkan alat pemerah santan yang berkonsep alat pengisar air batu campur..kami memilih untuk membuat alat kerana ianya sesuai dengan pengusaha IKS yang mengusaha produk mereka secara sederhana dan kecil-kecilan. Mengikut kajian kami.,apa yang ada di pasaran sekarang adalah mesin, saiznya juga besar, oleh sebab itu, kami pikir untuk menghasilkan alat yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

i) Menggunakan bahan daripada stainless steel anti karat supaya santan yang diperolehi adalah bersih untuk digunakan
ii) saiznya tidak terlalu besar seperti mesin yang sesuai dengan hasil produk mereka 
iii) alat yang boleh mudahalih, boleh diletak dimana-mana sudut dan tidak memerlukan banyak ruang
iv) dapat mengeluarkam santan dengan mudah dan cepat dan;
v) Alat yang sangat efektif serta ergonomik kepada pengusaha IKS.

Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihannya begitu juga dengan projek kami., Alat pemerah santan ini juga memiliki kelemahannya selain daripada kelebihan yang telah kami realisasikan daripada ciri-ciri yang kami pikirkan di atas.

i) Alat ini masih menggunakan kaedah manual
ii) Alat ini agak berat kerana secara keseluruhannya bahan alat ini diperbuat daripada keluli

Namun untuk projek ini kami hanya menghasilkan modelnya sahaja yang secara keseluruhannya kami menggunakan stainler foam. 
Ok.,ni dia gambar-gambar sepanjang proses kami hasilkan model alat pemerah santan ini..jom tengok2,.hee






Setelah segala bahagian dibuat, kemudian ianya dicantumkan..
Nak tengok hasilnya..??,..

1...
2..
3...

nah ini la die model alat pemerah santan kami.ok tak?.=)

Agak-agak korang, alat ni boley di komesialkan tak tuk pengusaha IKS?..emm,.insyaAllah bley kan..hee

Ni adalah Poster tuk promote
alat pemerah santan kami..;)

Ok.guys,.maybe ni adalah entry penutup tirai bagi asas rekacipta untuk semester ini, tapi if saya mempunyai masa lapang,.insyaAllah akan saya update lagi blog ni yer...
ok olls...hope pembaca semua dapat input-input yang berguna daripada setiap entry yang saya bincangkan melalui blog ni,.Semoga segala ilmu-ilmu yang dikongsikan bersama akan menjadi seperti dedaun pokok yang tumbuh merendang dan semakin lebat supaya setiap ilmu yang disampaikan akan disebarkan dan terus tersebar..



Selamat beramal...
tadaaa semua..adios..sayonara..wasalam..
Thank you for your readings.=)


Thursday 2 May 2013

~HaRtA InTELeK~

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera semua ;)

Minggu ni topik yang akan dibincangkan mengenai 'HARTA INTELEK'.
First, apa yang dimaksudkan dengan harta intelek??

Let's me explain wokey..:)

Definisi:
Adalah hasil ciptaan minda; sama ada reka cipta, karya sastera dan seni, simbol, nama dan imej yang  digunakan dalam perdagangan.
(sumber: eproduct design.com)

Antara kategori-kategori harta intelek adalah:-

1) Paten
2) Cap Dagangan (trademark trademark)
3) Hak Cipta (copyright)
4) Reka Bentuk Perindustrian
5) Petunjuk Geografi
6) Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu
7) Pembaharuan Utiliti (utility innovation)
8) Maklumat Perdagangan/Maklumat yang Tidak Diketahui (trade secret / undisclosed information)

Ok, saya tak nak crite panjang, juz nak share apa benda yang dimaksudkan stiap kategori kat atas tu.,

1) PATEN
~Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu reka cipta sama ada satu produk atau proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu atau untuk penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah.

2) CAP DAGANGAN (trademark)
~Tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain.

Contoh antara jenis-jenis cap dagangan kita tau seperti dibawah:-
• Word mark :
       i) invented word : SONY, NOKIA,SAMSUNG
      ii) Non-descriptive word : Apple, Windows, UTMost
• Device mark : UTM logo Device mark : UTM logo
• Number : 7-11, 555
• Slogans : Nike “Just Do It”; KFC “Fingers Licking Good”, CANON "Delighting you always"



3) HAK CIPTA (copyright)
~Hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undangp kepada pemilik karya seperti karya sastera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang telah ditetapkan.

4) REKA BENTUK PERINDUSTRIAN
~Ciri-ciri rupa bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan terhadap suatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian yang mana ciri pada barang yang disiapkan adalah menarik di pandangan mata.

5) PETUNJUK GEOGRAFI
~Petunjuk yang mengenal pasti indikasi dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal ianya dikeluarkan.

6) REKABENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU 
~Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang.

7) PEMBAHARUAN UTILITI
~ Pembaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu reka cipta ‘minor’ yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapatkan paten.

8) MAKLUMAT PERDAGANGAN / MAKLUMAT YANG TIDAK DIKETAHUI (trade secret / undisclosed information)
Merupakan maklumat yang terlindung yang secara amnya tidak diketahui dikalangan atau yang tersedia ada kepada mereka yang selalunya berurusan dengan jenis maklumat yang sedemikian dan yang mempunyai nilai komersil kerana maklumat sedemikian dan yang mempunyai nilai komersil kerana maklumat tersebut adalah rahsia dan mereka yang mempunyai kuasa kawalan ke atas maklumat tersebut telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat tersebut sebagai rahsia.


Semua info di atas saya perolehi daripada eproductdesign.com..so kalau nak tau lebih lanjut lagi bley la layari www.eproductdesign.com.=)

Semoga maklumat di atas dapat memberi input yang berguna mengenai apa yang dimaksudkan setiap kategori harta intelek di atas..sehingga berjumpa lagi olls,.adios,.;)


Sunday 28 April 2013

AnTrOpOmEtriK # Bi0MeKAniK # PhiSiOloGi..???

Assalamualaikum w.b.t, Salam sejahtera,.:)

Let's see tajuk entry kali ni adalah mengenai ANTROPOMETRIK, BIOMEKANIK & PHISIOLOGI..So, ape benda tu? bunyinye pun dah macam sains-sains gitu. Ketiga-tiganya adalah sangat ditikberatkan dalam mereka bentuk produk. Maybe ada yang pernah dengar perkataan-perkataan tu sebelum ni tapi tak tau maksudnya and mungkin juga ade yang tak pernah dengar langsung.  Apa-pa pun saya nak share sedikit info mengenai tajuk-tajuk tersebut. Ok, kita pergi satu per satu..


# ANTROPOMETRIK?

Terlebih dahulu saya ceritakan sedikit asal usul perkataan ni and apa maksudnya.k.. 

*Antropometri berasal dari kata anthropos yang beerti manusia dan metros yang beerti ukuran. Data antropometrik merupakan himpunan ukuran dimensi fizikal, keupayaan dan batasan tubuh badan manusia, termasuklah kekuatan sistem rangka otot manusia dalam pelbagai keadaan dan tatarajah. Data ini biasanya disusun dalam bentuk jadual untuk memudahkan kita memperoleh julat setiap dimensi atau kekuatan, dengan nilai sisihan piawaian dan persentil utama setiap set data.
(Sumber: eproduct design)

Dengan pengukuran antropometri ni kita akan dapat mengetahui ketinggian badan, berat badan dan ukuran aktual seseorang.Selanjutnya tinggi badan,berat badan dan ukuran tubuh, aktual seseorang ni dapat digunakan untuk tujuan menilai pertumbuhan dan distribusi lemak seseorang serta dapat digunakan sebagai data referensi. Ukuran badan adalah berbeza-beza pada setiap individu atau kelompok. 
(Sumber: belas ihsan pak cik google),.=)


 

Ukuran tubuh manusia bervariasi berdasarkan kepada:-

1) Umur
2) Jenis kelamin
3) Suku bangsa 
4) Kelompok pekerjaan

Tujuan penggunaan antropometri pemakai :-

• untuk mengurangi tingkat kelelahan kerja,
• meningkatkan performansi kerja 
• dan meminimasi potensi kecelakaan kerja 
( Mustafa,Pulat, Industrial ergonomics 
case studies, 1992)


Data antropometri digunakan untuk:-

• Perancangan areal kerja 
• Perancangan peralatan kerja seperti mesin, equipment, perkakas ( tools) dan sebagainya. 
• Perancangan produk-produk konsumtif seperti pakaian, kerusi, meja, 
komputer dan lain-lain. 
• Perancangan lingkungan kerja fizik


ALAT UKUR ANTROPOMETRIK!!

Alat yang digunakan adalah Anthropolometer.
 Ia adalah suatu alat untuk mengukur jarak, ketinggian dan sudut suatu titik dari suatu posisi acuan tertentu. Realisasinya, alat ini berguna sebagai alat bantu untuk merekabentuk atau mengetahui posisi alat-alat atau instrumen pengendali dari suatu mesin atau sistem kerja terhadap posisi operatornya.

Alat ukuran antropometrik - Anthropolometer


Antropometri dibahagi kepada 2 bahagian iaitu:-


• Antropometrik statik, dimana pengukuran dilakukan pada saat tubuh dalam keadaan 
diam/posisi diam/ tidak bergerak. 
• Antropometrik dinamik, dimana dimensi tubuh diukur dalam berbagai posisi tubuh 
yang sedang bergerak. 

1) Pengukuran antropometrik statik



2) Pengukuran antropometrik dinamik





 * BIOMEKANIK..!

Apa pula yang dimaksudkan biomekanik?..

Biomekanik adalah suatu bidang kajian dalam ergonomik yang berhubungan dengan mekanisme pergerakan tubuh dalam melakukan suatu pekerjaan/aktiviti. 

Franklin & Nordin (1980) mendefinisikan biomekanik sebagai berikut:-
Biomekanik menggunakan konsep fizikal dan teknik untuk menjelaskan gerakan pada bermacam-macam bahagian tubuh manusia dan gaya yang bekerja pada bahagian tubuh untuk aktiviti sehari-harian.

Chaffin(1991) membuat istilah biomekanik kerja (Occupational Biomechanic) yang didefinisikan sebagai berikut:-
Biomekanik kerja adalah ilmu mengenai interaksi pekerja dengan peralatan, mesin dan material, sehingga pekerja dapat meningkatkan performasinya dan dari sudut lain dapat meminimumkan risiko cedera kerja (muskuloskeletal).


Biomekanik duduk 

Ringkasan Definisi Biomekanik:-
- Kajian tentang daya dan pergerakan berkaitan dengan aktiviti fizikal.
- Daya dan pergerakan dengan sistem otot rangka tubuh.
- Daya boleh dijelaskan sebagai tolakan atau tarikan.

Daya membolehkan:-
1) Jasad pegun menjadi bergerak
2) Jasad bergerak menjadi pegun
3) Jasad berubah arah pergerakan

Kesimpulannya, sifat biomekanik ini juga sangat penting dalam menghasilkan produk yang berkualiti, ini kerana pekerja dapat mengurangkan risiko apabila menggunakan sebarang alat / produk yang direka.



@ PHISIOLOGI??

Tajuk yang ketiga tuk entry kali ni adalah mengenai Phisiologi,.Kita berkenalan dulu dengan tajuk ini sebelum penerangan lanjut diberikan ok,.?:)
Fisiologi adalah ilmu tentang sistem kehidupan. Ilmu ini mempelajari bagaimana organisme sistem organ, sel dan biomolekul melaksanakan fungsi-fungsi kimia atau fizik yang ada dalam sistem kehidupan. Fisiologi manusia adalah ilmu yang mempelajari fungsi mekanik fizik dan biokimia manusia dalam kesihatan yang baik, organ dan sel-sel yang membentuknya.

Dalam rekabentuk produk, secara keseluruhannya antropometrik, biomekanik dan phisiology juga perlu diambil kira supaya produk yang dihasilkan dapat memenuhi ciri ergonomik.
Bak kata-kata dari blog saya ini 'Make quality make design style'..
Utamakan kualiti dalam sesuatu rekabentuk produk barulah produk dapat dihasilkan dengan lebih style dan bermutu.

Ok, semoga entry yang agak sarat dengan info-info yang berguna kali ini akan lebih membantu anda semua untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ketiga-tiga perkara tersebut iaitu Antropometrik, Biomekanik dan juga Phisiologi ini..
Sekian sahaja dari saya, wasalam,.Thank you for your readings..=)


Rujukan:-



Wednesday 17 April 2013

AkTiViTi MeMbUaT m0Ck-Up (CLAY + PAPER CLAY) =)

Assalamualaikum w.b.t, apa khabar semua?
Semoga berada dalam sihat-sihat hendak-Nya,.In Sha Allah

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke-8 untuk sem 4 ni, Minggu ni saya sedikit excited sebab nya sebelum ni kami telah menanti-nanti kan bahan yang diorder pensyarah kami dan bahan tersebut akhirnya telah sampai. So, kami dapatlah melakukan aktiviti dengan menggunakan bahan yang ditunggu itu,.

Bahan apa yang sebenarnya ditunggu-tnggu or dinanti-nanti kan kami tu?..jeng jeng jeng...
haa ini lah dia yang dinamakan 'CLAY' atau bahasa melayu nya 'TANAH LIAT' !

Clay yang belum dipanaskan

Clay setelah dipanaskan dengan oven dengan suhu yang berpatutan

Ini lah dia rupanya,.kenapa perlu memanaskan dahulu clay tersebut? dan apa nak dibuat dengan clay tersebut ya?Ok, meh-meh sini saya nak share pada anda semua.
 Clay tersebut perlu dipanaskan terlebih dahulu kerana ia adalah supaya clay tersebut mudah digunakan dan dibentukkan dan apa pula nak dibuat dengan clay ini? Ia adalah untuk membuat 'Mock-up' seperti tajuk penulisan saya sebelum ini. Nah ini lah dia bahan yang digunakan untuk membuat mock-up.
Sebelum ni hanyalah teori nya sahaja, but for this week adalah praktikal nya,.saya dapat melakukan sendiri dengan menggunakan bahan tersebut untuk membuat mock-up produk saya..

Kami telah diberi task untuk membuat mock-up 'mouse komputer' dengan menggunakan 
'Clay' dan juga 'Paper clay'
Macamana pula rupa paper clay ni? 
Agak sama dengan clay tapi bahannya adalah dari kertas yang telah dihancurkan dan dipadatkan, ia juga untuk dibuat mock-up setelah mock-up dibuat dengan menggunakan clay or tanah liat tadi.

Disini saya kongsikan sedikit info mengenai ciri-ciri Clay dan juga Paper clay..

Ciri-ciri bagi Clay:-
1) Boleh dipanaskan dengan suhu yang agak minima supaya ia tidak terlalu cair dan mudah dibentuk
2) Boleh dibuat sebarang bentuk 
3) Boleh digunakan semula dengan mencairkan kembali clay tersebut sekiranya ingin membentuk semula
4) Sifatnya seperti plastecine

Ciri-ciri bagi Paper clay:-
1) Boleh dibuat sebarang bentuk
2) Tidak boleh dipanaskan
3) Cepat mengeras
4) Setelah dibentuk, ia tidak boleh lagi dibentuk semula dengan bentuk yang lain  


Tadaa..inilah hasil daya kreatif dari group saya,.walaupun kami kebuntuan idea waktu tu,.hee

Mock-up yang dibuat dari Clay (tanah liat)

Mock-up yang dibuat dengan Paper Clay (kiri) dan Clay (kanan)

Mock-up dibuat dengan menggunakan Paper Clay

Ketiga-tiga mock-up yang dihasilkan dari Paper Clay
(belum dikemaskan dengan cat)

Seronok juga dapat merasai sendiri pengalaman membuat mock-up ini dengan menggunakan bahan-bahan tersebut, menurut pensyarah saya bahan-bahan tersebut agak mahal, so kami dinasihatkan supaya tidak membazir dan menggunakan nya dengan sebaik mungkin..:)
Ok guys, sekian sahaja this week punya entry,.
Thank you for your readings =)

Friday 12 April 2013

MoCk-Up ~^,^~

Assalamualaikum w.b.t,Salam sejahtera semua=)

Sebelum ni saya telah menceritakan mengenai prototaip dan juga model. Kali ini saya ingin meneruskan penulisan saya mengenai Mock-up pula..

Apa yang diterangkan sebelum ini mengenai prototaip dan model, mock-up juga adalah berbeza dengan prototaip dan juga model.


Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan mock-up ya,.?

Jom kita mendalami apa itu mock-up yang sebenar,..

1) Mock-up juga dikenali sebagai model olokan 
2) Dibuat sebelum model atau prototaip dibina
3) Dibuat tanpa ukuran dan skala sebenar

Tujuan mock-up dibuat pula adalah biasanya untuk mendapatkan keseimbangan bentuk, struktur, saiz, kesesuaian bahan, keselamatan, penggunaan dan cara pembuatan. 

Mock -up juga digunakan oleh pereka terutamanya untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna.


Di Bawah adalah contoh sebenar mock-up :)  

Ini adalah mock-up TOYOTA MOTOR
Ini pula Mock-up bagi REKABENTUK PERABOT
Cara pembuatan Mock-up

Ok, semoga dengan penerangan di atas mengenai mock-up dan sebelum ini mengenai prototaip dan model anda semua dapat sedikit info yang sangat berguna dan dapat membezakan ketiga-tiganya antara  MOCK-UP, MODEL & PROTOTAIP.. 


Heppy readings ollsz ~ ^ ; ^ ~


Sunday 24 March 2013

APA PULA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN "MODEL"???



Seterusnya topik yang dibincangkan minggu ini juga adalah mengenai 'MODEL',..Apa pula yang dimaksudkan dengan 'model' ini???
Model yang dimaksudkan di sini bukanlah model 'human',.or model 'profesion', alaa yang duk catwalk atas stage panjang tu omputih panggil runaway tuk pamer baju tu,,haa,.kat sini nak crite pasal model barangan or produk, yang hanya dihasilkan untuk dipamerkan rupabentuk asal namun bukan real punya., so, tiada kene mengena dengan yang lain ok..

Model ni sebenarnya adalah satu objek kecil, biasanya dibina untuk skala, yang mewakili secara terperinci satu lagi objek, dan biasanya sering lebih besar

Atau erti kata lain:-

a) Satu kerja awal atau pembinaan yang berfungsi sebagai pelan dari mana produk akhir perlu dibuat, 
cth: model tanah liat bersedia untuk pemutus.
b) Apa-apa kerja atau pembinaan yang digunakan dalam ujian atau menyempurnkan satu produk akhir, 
cth: model ujian kenderaan solar

Selain itu, model juga boleh jadi penerangan skematik sistem,teori atau fenomena bahawa akaun bagi hartanah yang dikenali atau disimpulkan dan boleh digunakan untuk kajian lanjut ciri-ciri model tatabahasa generatif, model atom, model ekonomi..

Antara contoh-contoh model adalah:-


Kategori barangan model dalam model Templat: Skala
Model fizikal, perwakilan fizikal objek
Model 3D, perwakilan 3D poligon objek, biasanya dipaparkan dengan komputer, lihat juga percetakan 3D dan prototaip Rapid
Model Architectual
Model skala, replika atau prototaip objek 
Model bangunan
Model pesawat
Model kereta
Model diecast
Model produk, pengenal pasti produk yang diberikan oleh pengilang (juga dipanggil nombor model)
Miniature Seni (seni model)
(Sumber: Daripada Wikipedia,ensklopedia bebas)



Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas lagi mari kita lihat contoh gambar-gambar yang dimaksudkan 'Model' tersebut tadi..




Model Rumah Banglo 2 tingkat 


Ini dia dalam duk mencari model-model bangunan, terjumpa model sekolah area kampungku,.


Model Sek.Keb. Batu 48, Dungun

Model Menara Condong

Model kereta Audi A7

Model pesawat

Diecast model pesawat Air Asia

Architectural Models


Ok semua, setakat ini sahaja dulu penulisan saya mengenai tajuk kali ini,.wassalam =)

"Sesungguhnya menyampaikan ILMU itu satu IBADAH",. LOL,. <3 



RUJUKAN:-

1)http://www.thefreedictionary.com/model
2)http://en.wikipedia.org/wiki/Model

Saturday 23 March 2013

APA ITU PROTOTAIP??!


Assalamualaikum, salam sejahtera, hai, hello, aniyosayo, koniciwa',sawaddikhap..
haa,..abis bahasa saya gunakan tuk pembuka bicara arini,.hehe,apa-apa pun semoga semua dalam keadaan sihat hendakNya.,

Minggu ni, topik yang dibicarakan adalah mngenai 'PROTOTAIP',.1st saya dengar perkataan tu semasa subjek inovasi & kreativiti semester tiga, waktu tu saya perlu buat projek tapi katanya perlu hanya dalam 'prototaip'..So saya bayangkan oow..mybe projek yang kami perlu buat bukanlah yang real,tidak berfungsi dan hanya sekadar bentuknya sahaja..

Namun,sebenarnya adalah sebaliknya,prototaip ni perlu buat dari bahan yang betul, boleh berfungsi cumanya tidak betul-betul cantik dari segi kemasan..Ini bermakna tanggapan awal saya mengenai 'prototaip' tu adalah salah sama sekali,.sekarang baru saya tau apa sebenarnya maksud 'prototaip' dan lebih detail lagi semasa diterangkan dalam kelas asas rekacipta minggu ini oleh puan fadila,.

Untuk makluman semua,.setelah diselidiki dengan menggunakan pak cik google lagi,.takrifan sebenar 'prototaip' ini adalah satu jenis, bentuk, atau contoh dari beberapa hal asli yang berfungsi sebagai contoh, asas, lambang, atau standard untuk hal-hal lain daripada kategori yang sama. Beberapa prototaip digunakan untuk mencari kecacatan. Perkataan ini diterbitkan daripada bahasa Greek (ptototypon), "bentuk primitif", neutral dari (prototypos), "asal, primitif", daripada (protos), "pertama" dan (typos), "kesan".
(Sumber: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)


Berikut adalah info lanjut mengenai 'prototaip' ini..

* Dalam rekabentuk interaksi atau HCI , ia boleh jadi suatu:-
-Siri lakaran skrin
-Papancerita, spt. Lakaran siri kartun
-Slaid power point
-Simulasi video tentang penggunaan sistem
-Bongkah kayu (PalmPilot)
-Model kad manila
-Perisian yang belum lengkap fungsiannya


Kenapa perlu bangunkan 'Prototaip'?
Ia adalah untuk:-

- Penilaian dan maklumbalas adalah fokus utama dalam rekabentuk interaksi
-Pemegang taruh boleh melihat, memegang, dan berinteraksi dengan prototaip labih mudah berbanding dengan dokumen dan rajah
-Ahli kumpulan pembangun boleh berkomunikasi secara efektif
-Prototaip menangani isu, membantu perekabentuk dalam memilih di antara alternatif rekabentuk



Mari kita lihat antara contoh barang-barang yang dihasilkan dalam bentuk prototaip :-


Basikal kadbord,.Smart!

Ni pula prototaip 'motosikal 2020'.,.canggih!

Prototaip 'Proton Sutera',.antara kereta malaysia yang sporty,nice!

Prototaip kereta yang canggih + moden,.

prototaip 'BWM Hybrid 7',.
kereta yang tidak menggunakan petrol + moden + canggih + sporty = very nice ;)

Prototaip awal daripada Apple

Ini pula protaip iphone seawal 2005


dan ini dia prototaip gajet yang sangat kreatif + inovatif + canggih dan terkini yang diberi nama 'PaperTab',.tab senipis kertas ini juga sangat fleksibel seolah-olah sekeping kertas dan masih belum di komersialkan.,let's enjoy this video=)



Dengan penerangan dan contoh-contoh yang tidak seberapa di atas sekurang-kurangnya lepas ini dapatlah sedikit gambaran, tahu dan faham apa yang dimaksudkan dengan prototaip. Sekian sahaja untuk topik ini,.wassalam,.adios,sayonara..babai..



RUJUKAN: 

1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Prototaip
2) https://www.google.com.my/url?
3) http://amanz.my/2013/01/papertab-prototaip-tablet-senipis-kertas/