Assalamualaikum w.b.t,.salam sejahtera semua., salam 1 malaysia =)
Alhamdulillah diam tak diam minggu ni telah selesai minggu ke lima kuliyah. Topik yang dibincangkan minggu ke 5 ni antaranya mengenai ERGONOMIK!!..
Apa yang diterangkan oleh pensyarah saya,.ergonomik ni adalah suatu sifat 'keselesaan' yang ada dalam sesuatu produk. Kebiasaannya sifat tersebut dikaitkan untuk manusia..contohnya dalam pembuatan kerusi, salah satu ciri-ciri atau sifat yang perlu ada adalah 'ergonomik'. Ia penting untuk keselesaan manusia bagi mengelakkan daripada berlakunya punca-punca mendapat sakit seperti sakit belakang, sakit pinggang dan sebagainya ketika duduk.
Ahak.! berikut adalah keterangan lanjut mengenai ergonomik setelah bodek-bodek bertanyakan pada pakcik google..=)
Menurut wikipedia, nama ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi). Bermaksud, rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia.
Prinsip-prinsip ergonomik adalah untuk :-
1) membaiki penggunaan antara pekerja dengan tempat kerja.
2) Jenis peralatan yang mereka gunakan, bagaimana proses kerja dilakukan dan
3) perkitaran tempat mereka bekerja.
Mari kita lihat contoh produk yang tiada sifat ergonomik dan produk yang memiliki sifat ergonomik..jom2 kita terjah,.:p
Haa..inilah akibatnya sekiranya ciri-ciri ergonomik tiada dalam sesuatu produk,ia boleh mendatangkan perkara yang buruk terhadap manusia.Jadi...selepas ini kita hendaklah lebih peka lagi dalam menggunakan barangan. Kita haruslah menggunakna barang yang memiliki sifat ergonomik bagi mengelakkan kesan buruk yang akan berlaku pada kita sama ada jangka pendek atau jangka panjang,maka dengan itu...sayangilah diri anda. LOL! ^L^
~ 3 Tip Mengelakkan Kesakitan Ketika Duduk Lama Menghadap Komputer ~
- Lakukan senaman ringkas bagi meregangkan otot-otot badan di ruang kerja kita.
- Gunakan teknik Pomodoro 30 minit. 25 minit digunakan untuk fokus melakukan kerja dan 5 minit untuk kita berehat sebentar.
- Lihat pemandangan landskap hijau untuk merehatkan mata yang kering akibat mengadap terlalu lama skrin monitor komputer.
RUJUKAN:-
No comments:
Post a Comment