Assalamualaikum, salam sejahtera, hai, hello, aniyosayo, koniciwa',sawaddikhap..
haa,..abis bahasa saya gunakan tuk pembuka bicara arini,.hehe,apa-apa pun semoga semua dalam keadaan sihat hendakNya.,
Minggu ni, topik yang dibicarakan adalah mngenai 'PROTOTAIP',.1st saya dengar perkataan tu semasa subjek inovasi & kreativiti semester tiga, waktu tu saya perlu buat projek tapi katanya perlu hanya dalam 'prototaip'..So saya bayangkan oow..mybe projek yang kami perlu buat bukanlah yang real,tidak berfungsi dan hanya sekadar bentuknya sahaja..
Namun,sebenarnya adalah sebaliknya,prototaip ni perlu buat dari bahan yang betul, boleh berfungsi cumanya tidak betul-betul cantik dari segi kemasan..Ini bermakna tanggapan awal saya mengenai 'prototaip' tu adalah salah sama sekali,.sekarang baru saya tau apa sebenarnya maksud 'prototaip' dan lebih detail lagi semasa diterangkan dalam kelas asas rekacipta minggu ini oleh puan fadila,.
Untuk makluman semua,.setelah diselidiki dengan menggunakan pak cik google lagi,.takrifan sebenar 'prototaip' ini adalah satu jenis, bentuk, atau contoh dari beberapa hal asli yang berfungsi sebagai contoh, asas, lambang, atau standard untuk hal-hal lain daripada kategori yang sama. Beberapa prototaip digunakan untuk mencari kecacatan. Perkataan ini diterbitkan daripada bahasa Greek (ptototypon), "bentuk primitif", neutral dari (prototypos), "asal, primitif", daripada (protos), "pertama" dan (typos), "kesan".
(Sumber: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)
Berikut adalah info lanjut mengenai 'prototaip' ini..
* Dalam rekabentuk interaksi atau HCI , ia
boleh jadi suatu:-
-Siri
lakaran skrin
-Papancerita,
spt. Lakaran siri kartun
-Slaid
power point
-Simulasi
video tentang penggunaan sistem
-Bongkah
kayu (PalmPilot)
-Model
kad manila
-Perisian
yang belum lengkap fungsiannya
Kenapa perlu bangunkan 'Prototaip'?
Ia adalah untuk:-
- Penilaian dan maklumbalas adalah fokus
utama dalam rekabentuk interaksi
-Pemegang taruh boleh melihat, memegang,
dan berinteraksi dengan prototaip labih mudah berbanding dengan dokumen dan
rajah
-Ahli kumpulan pembangun boleh
berkomunikasi secara efektif
-Prototaip menangani isu, membantu
perekabentuk dalam memilih di antara alternatif rekabentuk
Mari kita lihat antara contoh barang-barang yang dihasilkan dalam bentuk prototaip :-
Basikal kadbord,.Smart!
Ni pula prototaip 'motosikal 2020'.,.canggih!
Prototaip 'Proton Sutera',.antara kereta malaysia yang sporty,nice!
Prototaip kereta yang canggih + moden,.
prototaip 'BWM Hybrid 7',.
kereta yang tidak menggunakan petrol + moden + canggih + sporty = very nice ;)
Prototaip awal daripada Apple
Ini pula protaip iphone seawal 2005
dan ini dia prototaip gajet yang sangat kreatif + inovatif + canggih dan terkini yang diberi nama 'PaperTab',.tab senipis kertas ini juga sangat fleksibel seolah-olah sekeping kertas dan masih belum di komersialkan.,let's enjoy this video=)
Dengan penerangan dan contoh-contoh yang tidak seberapa di atas sekurang-kurangnya lepas ini dapatlah sedikit gambaran, tahu dan faham apa yang dimaksudkan dengan prototaip. Sekian sahaja untuk topik ini,.wassalam,.adios,sayonara..babai..
RUJUKAN:
1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Prototaip
2) https://www.google.com.my/url?
3) http://amanz.my/2013/01/papertab-prototaip-tablet-senipis-kertas/
Tq ya, sgt membantu
ReplyDeleteTq iNFO Sangat berguna~
ReplyDeletemacam kenal je...
ReplyDeletemaybe* bkn mybe..
ReplyDeleteFaham
ReplyDeleteTqsm
ReplyDelete