Sunday 3 March 2013

L@kAr@N mInGGu Ini !

Assalamualaikum semua..;)     

Minggu ini saya ingin menceritakan sedikit tentang 'LAKARAN' yang telah telah ditugaskan oleh pensyarah kami bagi kelas Asas Rekacipta,.Sebenarnya pada minggu lepas,kami telah ditugaskan oleh pensyarah kami untuk membuat lakaran sebanyak 30 lakaran benda,barang,haiwan atau sebagainya untuk dimuatkan ke dalam buku idea. So, saya telah melakar bermacam-macam benda yang terlintas di fikiran saya sewaktu membuat lakaran tersebut,.

Antaranya termasuklah pasu,baju,kapal layar,buah anggur, pisang, beg tangan, kek pun dilukis dik kerana teringin nak makan kek 'secret recepi' pada waktu tu..hehe.

           Alhamdulillah,.finally saya dapat menyiapkan juga 33 lakaran dengan melakar bermacam-macam jenis benda walaupun hasil lakaran saya tidak sehebat Imuda (Artis), tidak sehandal Ismail Ma'embong (Artis) or Lat (Kartonis Negara) tetapi saya bersyukur kerana lakaran yang dibuat saya ok la dari tangan yang keras ni.:p.Biasalah orang teknikal tetiba nak jadi orang seni la katakan..=)

            Kadang-kadang tengah kusyuk melukis terpikir jugak untung nya orang-orang yang diberi bakat oleh Allah Maha Besar, sebab dengan melukis juga kita dapat mengilhamkan apa yang kita rasa dan dapat melukis balik ciptaan Allah yang sangat hebat. 

Satu kelebihan bagi mereka yang berbakat dalam seni lukis ni pasti seronok dapat melukis ape je yang mereka nampak, dan mereka rasa. Dengan melukis juga kita boleh dapat kepuasan. Apa-apa pun kita tetap perlu bersyukur dengan nikmat yang tuhan berikan, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan dalam bidang-bidang masing-masing. Allah itu Maha Adil. Sekiranya kita berminat dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara pasti hasilnya tuhan akan berikan yang terbaik,.InsyaAllah..


Tadaa..ini lah antara hasil lakaran-lakaran yang dilkukis saya..boleh la kan..:p ~>J<~



















Ok,.guys,.sesiapa yang suka melukis nanti pasni boleh lah cuba-cuba asah bakat melukis or melakar pasti hasilnya terbaik,.InyaAllah.yang penting usaha dan minat.,.emm, ok lah sampai disini dulu catatan saya buat minggu ini,jumpa lagi.wassalam..;)


No comments:

Post a Comment