Assalamualaikum w.b.t, Salam sejahtera,.:)
Let's see tajuk entry kali ni adalah mengenai ANTROPOMETRIK, BIOMEKANIK & PHISIOLOGI..So, ape benda tu? bunyinye pun dah macam sains-sains gitu. Ketiga-tiganya adalah sangat ditikberatkan dalam mereka bentuk produk. Maybe ada yang pernah dengar perkataan-perkataan tu sebelum ni tapi tak tau maksudnya and mungkin juga ade yang tak pernah dengar langsung. Apa-pa pun saya nak share sedikit info mengenai tajuk-tajuk tersebut. Ok, kita pergi satu per satu..
# ANTROPOMETRIK?
Terlebih dahulu saya ceritakan sedikit asal usul perkataan ni and apa maksudnya.k..
*Antropometri berasal dari kata anthropos yang beerti manusia dan metros yang beerti ukuran. Data antropometrik merupakan himpunan ukuran dimensi fizikal, keupayaan dan batasan tubuh badan manusia, termasuklah kekuatan sistem rangka otot manusia dalam pelbagai keadaan dan tatarajah. Data ini biasanya disusun dalam bentuk jadual untuk memudahkan kita memperoleh julat setiap dimensi atau kekuatan, dengan nilai sisihan piawaian dan persentil utama setiap set data.
(Sumber: eproduct design)
Dengan pengukuran antropometri ni kita akan dapat mengetahui ketinggian badan, berat badan dan ukuran aktual seseorang.Selanjutnya tinggi badan,berat badan dan ukuran tubuh, aktual seseorang ni dapat digunakan untuk tujuan menilai pertumbuhan dan distribusi lemak seseorang serta dapat digunakan sebagai data referensi. Ukuran badan adalah berbeza-beza pada setiap individu atau kelompok.
(Sumber: belas ihsan pak cik google),.=)
Ukuran tubuh manusia bervariasi berdasarkan kepada:-
1) Umur
2) Jenis kelamin
3) Suku bangsa
4) Kelompok pekerjaan
Tujuan penggunaan antropometri pemakai :-
• untuk mengurangi tingkat kelelahan kerja,
• meningkatkan performansi kerja
• dan meminimasi potensi kecelakaan kerja
( Mustafa,Pulat, Industrial ergonomics
case studies, 1992)
Data antropometri digunakan untuk:-
• Perancangan areal kerja
• Perancangan peralatan kerja seperti mesin, equipment, perkakas ( tools) dan sebagainya.
• Perancangan produk-produk konsumtif seperti pakaian, kerusi, meja,
komputer dan lain-lain.
• Perancangan lingkungan kerja fizik
ALAT UKUR ANTROPOMETRIK!!
• Alat yang digunakan adalah Anthropolometer.
Ia adalah suatu alat untuk mengukur jarak, ketinggian dan sudut suatu titik dari suatu posisi acuan tertentu. Realisasinya, alat ini berguna sebagai alat bantu untuk merekabentuk atau mengetahui posisi alat-alat atau instrumen pengendali dari suatu mesin atau sistem kerja terhadap posisi operatornya.
Alat ukuran antropometrik - Anthropolometer |
Antropometri dibahagi kepada 2 bahagian iaitu:-
• Antropometrik statik, dimana pengukuran dilakukan pada saat tubuh dalam keadaan
diam/posisi diam/ tidak bergerak.
• Antropometrik dinamik, dimana dimensi tubuh diukur dalam berbagai posisi tubuh
yang sedang bergerak.
1) Pengukuran antropometrik statik
2) Pengukuran antropometrik dinamik
* BIOMEKANIK..!
Apa pula yang dimaksudkan biomekanik?..
Biomekanik adalah suatu bidang kajian dalam ergonomik yang berhubungan dengan mekanisme pergerakan tubuh dalam melakukan suatu pekerjaan/aktiviti.
Franklin & Nordin (1980) mendefinisikan biomekanik sebagai berikut:-
Biomekanik menggunakan konsep fizikal dan teknik untuk menjelaskan gerakan pada bermacam-macam bahagian tubuh manusia dan gaya yang bekerja pada bahagian tubuh untuk aktiviti sehari-harian.
Chaffin(1991) membuat istilah biomekanik kerja (Occupational Biomechanic) yang didefinisikan sebagai berikut:-
Biomekanik kerja adalah ilmu mengenai interaksi pekerja dengan peralatan, mesin dan material, sehingga pekerja dapat meningkatkan performasinya dan dari sudut lain dapat meminimumkan risiko cedera kerja (muskuloskeletal).
Biomekanik duduk |
Ringkasan Definisi Biomekanik:-
- Kajian tentang daya dan pergerakan berkaitan dengan aktiviti fizikal.
- Daya dan pergerakan dengan sistem otot rangka tubuh.
- Daya boleh dijelaskan sebagai tolakan atau tarikan.
Daya membolehkan:-
1) Jasad pegun menjadi bergerak
2) Jasad bergerak menjadi pegun
3) Jasad berubah arah pergerakan
Kesimpulannya, sifat biomekanik ini juga sangat penting dalam menghasilkan produk yang berkualiti, ini kerana pekerja dapat mengurangkan risiko apabila menggunakan sebarang alat / produk yang direka.
@ PHISIOLOGI??
Tajuk yang ketiga tuk entry kali ni adalah mengenai Phisiologi,.Kita berkenalan dulu dengan tajuk ini sebelum penerangan lanjut diberikan ok,.?:)
Fisiologi adalah ilmu tentang sistem kehidupan. Ilmu ini mempelajari bagaimana organisme sistem organ, sel dan biomolekul melaksanakan fungsi-fungsi kimia atau fizik yang ada dalam sistem kehidupan. Fisiologi manusia adalah ilmu yang mempelajari fungsi mekanik fizik dan biokimia manusia dalam kesihatan yang baik, organ dan sel-sel yang membentuknya.
Dalam rekabentuk produk, secara keseluruhannya antropometrik, biomekanik dan phisiology juga perlu diambil kira supaya produk yang dihasilkan dapat memenuhi ciri ergonomik.
Bak kata-kata dari blog saya ini 'Make quality make design style'..
Utamakan kualiti dalam sesuatu rekabentuk produk barulah produk dapat dihasilkan dengan lebih style dan bermutu.
Ok, semoga entry yang agak sarat dengan info-info yang berguna kali ini akan lebih membantu anda semua untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ketiga-tiga perkara tersebut iaitu Antropometrik, Biomekanik dan juga Phisiologi ini..
Sekian sahaja dari saya, wasalam,.Thank you for your readings..=)
Rujukan:-
salam tumpang tnya.. di mana boleh dapatkan alat antropometer nie.. bley pnjm atau sewa x?
ReplyDeletesalam tumpang tnya.. di mana boleh dapatkan alat antropometer nie.. bley pnjm atau sewa x?
ReplyDelete