Wednesday, 17 April 2013

AkTiViTi MeMbUaT m0Ck-Up (CLAY + PAPER CLAY) =)

Assalamualaikum w.b.t, apa khabar semua?
Semoga berada dalam sihat-sihat hendak-Nya,.In Sha Allah

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke-8 untuk sem 4 ni, Minggu ni saya sedikit excited sebab nya sebelum ni kami telah menanti-nanti kan bahan yang diorder pensyarah kami dan bahan tersebut akhirnya telah sampai. So, kami dapatlah melakukan aktiviti dengan menggunakan bahan yang ditunggu itu,.

Bahan apa yang sebenarnya ditunggu-tnggu or dinanti-nanti kan kami tu?..jeng jeng jeng...
haa ini lah dia yang dinamakan 'CLAY' atau bahasa melayu nya 'TANAH LIAT' !

Clay yang belum dipanaskan

Clay setelah dipanaskan dengan oven dengan suhu yang berpatutan

Ini lah dia rupanya,.kenapa perlu memanaskan dahulu clay tersebut? dan apa nak dibuat dengan clay tersebut ya?Ok, meh-meh sini saya nak share pada anda semua.
 Clay tersebut perlu dipanaskan terlebih dahulu kerana ia adalah supaya clay tersebut mudah digunakan dan dibentukkan dan apa pula nak dibuat dengan clay ini? Ia adalah untuk membuat 'Mock-up' seperti tajuk penulisan saya sebelum ini. Nah ini lah dia bahan yang digunakan untuk membuat mock-up.
Sebelum ni hanyalah teori nya sahaja, but for this week adalah praktikal nya,.saya dapat melakukan sendiri dengan menggunakan bahan tersebut untuk membuat mock-up produk saya..

Kami telah diberi task untuk membuat mock-up 'mouse komputer' dengan menggunakan 
'Clay' dan juga 'Paper clay'
Macamana pula rupa paper clay ni? 
Agak sama dengan clay tapi bahannya adalah dari kertas yang telah dihancurkan dan dipadatkan, ia juga untuk dibuat mock-up setelah mock-up dibuat dengan menggunakan clay or tanah liat tadi.

Disini saya kongsikan sedikit info mengenai ciri-ciri Clay dan juga Paper clay..

Ciri-ciri bagi Clay:-
1) Boleh dipanaskan dengan suhu yang agak minima supaya ia tidak terlalu cair dan mudah dibentuk
2) Boleh dibuat sebarang bentuk 
3) Boleh digunakan semula dengan mencairkan kembali clay tersebut sekiranya ingin membentuk semula
4) Sifatnya seperti plastecine

Ciri-ciri bagi Paper clay:-
1) Boleh dibuat sebarang bentuk
2) Tidak boleh dipanaskan
3) Cepat mengeras
4) Setelah dibentuk, ia tidak boleh lagi dibentuk semula dengan bentuk yang lain  


Tadaa..inilah hasil daya kreatif dari group saya,.walaupun kami kebuntuan idea waktu tu,.hee

Mock-up yang dibuat dari Clay (tanah liat)

Mock-up yang dibuat dengan Paper Clay (kiri) dan Clay (kanan)

Mock-up dibuat dengan menggunakan Paper Clay

Ketiga-tiga mock-up yang dihasilkan dari Paper Clay
(belum dikemaskan dengan cat)

Seronok juga dapat merasai sendiri pengalaman membuat mock-up ini dengan menggunakan bahan-bahan tersebut, menurut pensyarah saya bahan-bahan tersebut agak mahal, so kami dinasihatkan supaya tidak membazir dan menggunakan nya dengan sebaik mungkin..:)
Ok guys, sekian sahaja this week punya entry,.
Thank you for your readings =)

No comments:

Post a Comment