Sunday, 28 April 2013

AnTrOpOmEtriK # Bi0MeKAniK # PhiSiOloGi..???

Assalamualaikum w.b.t, Salam sejahtera,.:)

Let's see tajuk entry kali ni adalah mengenai ANTROPOMETRIK, BIOMEKANIK & PHISIOLOGI..So, ape benda tu? bunyinye pun dah macam sains-sains gitu. Ketiga-tiganya adalah sangat ditikberatkan dalam mereka bentuk produk. Maybe ada yang pernah dengar perkataan-perkataan tu sebelum ni tapi tak tau maksudnya and mungkin juga ade yang tak pernah dengar langsung.  Apa-pa pun saya nak share sedikit info mengenai tajuk-tajuk tersebut. Ok, kita pergi satu per satu..


# ANTROPOMETRIK?

Terlebih dahulu saya ceritakan sedikit asal usul perkataan ni and apa maksudnya.k.. 

*Antropometri berasal dari kata anthropos yang beerti manusia dan metros yang beerti ukuran. Data antropometrik merupakan himpunan ukuran dimensi fizikal, keupayaan dan batasan tubuh badan manusia, termasuklah kekuatan sistem rangka otot manusia dalam pelbagai keadaan dan tatarajah. Data ini biasanya disusun dalam bentuk jadual untuk memudahkan kita memperoleh julat setiap dimensi atau kekuatan, dengan nilai sisihan piawaian dan persentil utama setiap set data.
(Sumber: eproduct design)

Dengan pengukuran antropometri ni kita akan dapat mengetahui ketinggian badan, berat badan dan ukuran aktual seseorang.Selanjutnya tinggi badan,berat badan dan ukuran tubuh, aktual seseorang ni dapat digunakan untuk tujuan menilai pertumbuhan dan distribusi lemak seseorang serta dapat digunakan sebagai data referensi. Ukuran badan adalah berbeza-beza pada setiap individu atau kelompok. 
(Sumber: belas ihsan pak cik google),.=)


 

Ukuran tubuh manusia bervariasi berdasarkan kepada:-

1) Umur
2) Jenis kelamin
3) Suku bangsa 
4) Kelompok pekerjaan

Tujuan penggunaan antropometri pemakai :-

• untuk mengurangi tingkat kelelahan kerja,
• meningkatkan performansi kerja 
• dan meminimasi potensi kecelakaan kerja 
( Mustafa,Pulat, Industrial ergonomics 
case studies, 1992)


Data antropometri digunakan untuk:-

• Perancangan areal kerja 
• Perancangan peralatan kerja seperti mesin, equipment, perkakas ( tools) dan sebagainya. 
• Perancangan produk-produk konsumtif seperti pakaian, kerusi, meja, 
komputer dan lain-lain. 
• Perancangan lingkungan kerja fizik


ALAT UKUR ANTROPOMETRIK!!

Alat yang digunakan adalah Anthropolometer.
 Ia adalah suatu alat untuk mengukur jarak, ketinggian dan sudut suatu titik dari suatu posisi acuan tertentu. Realisasinya, alat ini berguna sebagai alat bantu untuk merekabentuk atau mengetahui posisi alat-alat atau instrumen pengendali dari suatu mesin atau sistem kerja terhadap posisi operatornya.

Alat ukuran antropometrik - Anthropolometer


Antropometri dibahagi kepada 2 bahagian iaitu:-


• Antropometrik statik, dimana pengukuran dilakukan pada saat tubuh dalam keadaan 
diam/posisi diam/ tidak bergerak. 
• Antropometrik dinamik, dimana dimensi tubuh diukur dalam berbagai posisi tubuh 
yang sedang bergerak. 

1) Pengukuran antropometrik statik



2) Pengukuran antropometrik dinamik





 * BIOMEKANIK..!

Apa pula yang dimaksudkan biomekanik?..

Biomekanik adalah suatu bidang kajian dalam ergonomik yang berhubungan dengan mekanisme pergerakan tubuh dalam melakukan suatu pekerjaan/aktiviti. 

Franklin & Nordin (1980) mendefinisikan biomekanik sebagai berikut:-
Biomekanik menggunakan konsep fizikal dan teknik untuk menjelaskan gerakan pada bermacam-macam bahagian tubuh manusia dan gaya yang bekerja pada bahagian tubuh untuk aktiviti sehari-harian.

Chaffin(1991) membuat istilah biomekanik kerja (Occupational Biomechanic) yang didefinisikan sebagai berikut:-
Biomekanik kerja adalah ilmu mengenai interaksi pekerja dengan peralatan, mesin dan material, sehingga pekerja dapat meningkatkan performasinya dan dari sudut lain dapat meminimumkan risiko cedera kerja (muskuloskeletal).


Biomekanik duduk 

Ringkasan Definisi Biomekanik:-
- Kajian tentang daya dan pergerakan berkaitan dengan aktiviti fizikal.
- Daya dan pergerakan dengan sistem otot rangka tubuh.
- Daya boleh dijelaskan sebagai tolakan atau tarikan.

Daya membolehkan:-
1) Jasad pegun menjadi bergerak
2) Jasad bergerak menjadi pegun
3) Jasad berubah arah pergerakan

Kesimpulannya, sifat biomekanik ini juga sangat penting dalam menghasilkan produk yang berkualiti, ini kerana pekerja dapat mengurangkan risiko apabila menggunakan sebarang alat / produk yang direka.



@ PHISIOLOGI??

Tajuk yang ketiga tuk entry kali ni adalah mengenai Phisiologi,.Kita berkenalan dulu dengan tajuk ini sebelum penerangan lanjut diberikan ok,.?:)
Fisiologi adalah ilmu tentang sistem kehidupan. Ilmu ini mempelajari bagaimana organisme sistem organ, sel dan biomolekul melaksanakan fungsi-fungsi kimia atau fizik yang ada dalam sistem kehidupan. Fisiologi manusia adalah ilmu yang mempelajari fungsi mekanik fizik dan biokimia manusia dalam kesihatan yang baik, organ dan sel-sel yang membentuknya.

Dalam rekabentuk produk, secara keseluruhannya antropometrik, biomekanik dan phisiology juga perlu diambil kira supaya produk yang dihasilkan dapat memenuhi ciri ergonomik.
Bak kata-kata dari blog saya ini 'Make quality make design style'..
Utamakan kualiti dalam sesuatu rekabentuk produk barulah produk dapat dihasilkan dengan lebih style dan bermutu.

Ok, semoga entry yang agak sarat dengan info-info yang berguna kali ini akan lebih membantu anda semua untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ketiga-tiga perkara tersebut iaitu Antropometrik, Biomekanik dan juga Phisiologi ini..
Sekian sahaja dari saya, wasalam,.Thank you for your readings..=)


Rujukan:-



Wednesday, 17 April 2013

AkTiViTi MeMbUaT m0Ck-Up (CLAY + PAPER CLAY) =)

Assalamualaikum w.b.t, apa khabar semua?
Semoga berada dalam sihat-sihat hendak-Nya,.In Sha Allah

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke-8 untuk sem 4 ni, Minggu ni saya sedikit excited sebab nya sebelum ni kami telah menanti-nanti kan bahan yang diorder pensyarah kami dan bahan tersebut akhirnya telah sampai. So, kami dapatlah melakukan aktiviti dengan menggunakan bahan yang ditunggu itu,.

Bahan apa yang sebenarnya ditunggu-tnggu or dinanti-nanti kan kami tu?..jeng jeng jeng...
haa ini lah dia yang dinamakan 'CLAY' atau bahasa melayu nya 'TANAH LIAT' !

Clay yang belum dipanaskan

Clay setelah dipanaskan dengan oven dengan suhu yang berpatutan

Ini lah dia rupanya,.kenapa perlu memanaskan dahulu clay tersebut? dan apa nak dibuat dengan clay tersebut ya?Ok, meh-meh sini saya nak share pada anda semua.
 Clay tersebut perlu dipanaskan terlebih dahulu kerana ia adalah supaya clay tersebut mudah digunakan dan dibentukkan dan apa pula nak dibuat dengan clay ini? Ia adalah untuk membuat 'Mock-up' seperti tajuk penulisan saya sebelum ini. Nah ini lah dia bahan yang digunakan untuk membuat mock-up.
Sebelum ni hanyalah teori nya sahaja, but for this week adalah praktikal nya,.saya dapat melakukan sendiri dengan menggunakan bahan tersebut untuk membuat mock-up produk saya..

Kami telah diberi task untuk membuat mock-up 'mouse komputer' dengan menggunakan 
'Clay' dan juga 'Paper clay'
Macamana pula rupa paper clay ni? 
Agak sama dengan clay tapi bahannya adalah dari kertas yang telah dihancurkan dan dipadatkan, ia juga untuk dibuat mock-up setelah mock-up dibuat dengan menggunakan clay or tanah liat tadi.

Disini saya kongsikan sedikit info mengenai ciri-ciri Clay dan juga Paper clay..

Ciri-ciri bagi Clay:-
1) Boleh dipanaskan dengan suhu yang agak minima supaya ia tidak terlalu cair dan mudah dibentuk
2) Boleh dibuat sebarang bentuk 
3) Boleh digunakan semula dengan mencairkan kembali clay tersebut sekiranya ingin membentuk semula
4) Sifatnya seperti plastecine

Ciri-ciri bagi Paper clay:-
1) Boleh dibuat sebarang bentuk
2) Tidak boleh dipanaskan
3) Cepat mengeras
4) Setelah dibentuk, ia tidak boleh lagi dibentuk semula dengan bentuk yang lain  


Tadaa..inilah hasil daya kreatif dari group saya,.walaupun kami kebuntuan idea waktu tu,.hee

Mock-up yang dibuat dari Clay (tanah liat)

Mock-up yang dibuat dengan Paper Clay (kiri) dan Clay (kanan)

Mock-up dibuat dengan menggunakan Paper Clay

Ketiga-tiga mock-up yang dihasilkan dari Paper Clay
(belum dikemaskan dengan cat)

Seronok juga dapat merasai sendiri pengalaman membuat mock-up ini dengan menggunakan bahan-bahan tersebut, menurut pensyarah saya bahan-bahan tersebut agak mahal, so kami dinasihatkan supaya tidak membazir dan menggunakan nya dengan sebaik mungkin..:)
Ok guys, sekian sahaja this week punya entry,.
Thank you for your readings =)

Friday, 12 April 2013

MoCk-Up ~^,^~

Assalamualaikum w.b.t,Salam sejahtera semua=)

Sebelum ni saya telah menceritakan mengenai prototaip dan juga model. Kali ini saya ingin meneruskan penulisan saya mengenai Mock-up pula..

Apa yang diterangkan sebelum ini mengenai prototaip dan model, mock-up juga adalah berbeza dengan prototaip dan juga model.


Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan mock-up ya,.?

Jom kita mendalami apa itu mock-up yang sebenar,..

1) Mock-up juga dikenali sebagai model olokan 
2) Dibuat sebelum model atau prototaip dibina
3) Dibuat tanpa ukuran dan skala sebenar

Tujuan mock-up dibuat pula adalah biasanya untuk mendapatkan keseimbangan bentuk, struktur, saiz, kesesuaian bahan, keselamatan, penggunaan dan cara pembuatan. 

Mock -up juga digunakan oleh pereka terutamanya untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna.


Di Bawah adalah contoh sebenar mock-up :)  

Ini adalah mock-up TOYOTA MOTOR
Ini pula Mock-up bagi REKABENTUK PERABOT
Cara pembuatan Mock-up

Ok, semoga dengan penerangan di atas mengenai mock-up dan sebelum ini mengenai prototaip dan model anda semua dapat sedikit info yang sangat berguna dan dapat membezakan ketiga-tiganya antara  MOCK-UP, MODEL & PROTOTAIP.. 


Heppy readings ollsz ~ ^ ; ^ ~