Sunday, 24 March 2013

APA PULA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN "MODEL"???



Seterusnya topik yang dibincangkan minggu ini juga adalah mengenai 'MODEL',..Apa pula yang dimaksudkan dengan 'model' ini???
Model yang dimaksudkan di sini bukanlah model 'human',.or model 'profesion', alaa yang duk catwalk atas stage panjang tu omputih panggil runaway tuk pamer baju tu,,haa,.kat sini nak crite pasal model barangan or produk, yang hanya dihasilkan untuk dipamerkan rupabentuk asal namun bukan real punya., so, tiada kene mengena dengan yang lain ok..

Model ni sebenarnya adalah satu objek kecil, biasanya dibina untuk skala, yang mewakili secara terperinci satu lagi objek, dan biasanya sering lebih besar

Atau erti kata lain:-

a) Satu kerja awal atau pembinaan yang berfungsi sebagai pelan dari mana produk akhir perlu dibuat, 
cth: model tanah liat bersedia untuk pemutus.
b) Apa-apa kerja atau pembinaan yang digunakan dalam ujian atau menyempurnkan satu produk akhir, 
cth: model ujian kenderaan solar

Selain itu, model juga boleh jadi penerangan skematik sistem,teori atau fenomena bahawa akaun bagi hartanah yang dikenali atau disimpulkan dan boleh digunakan untuk kajian lanjut ciri-ciri model tatabahasa generatif, model atom, model ekonomi..

Antara contoh-contoh model adalah:-


Kategori barangan model dalam model Templat: Skala
Model fizikal, perwakilan fizikal objek
Model 3D, perwakilan 3D poligon objek, biasanya dipaparkan dengan komputer, lihat juga percetakan 3D dan prototaip Rapid
Model Architectual
Model skala, replika atau prototaip objek 
Model bangunan
Model pesawat
Model kereta
Model diecast
Model produk, pengenal pasti produk yang diberikan oleh pengilang (juga dipanggil nombor model)
Miniature Seni (seni model)
(Sumber: Daripada Wikipedia,ensklopedia bebas)



Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas lagi mari kita lihat contoh gambar-gambar yang dimaksudkan 'Model' tersebut tadi..




Model Rumah Banglo 2 tingkat 


Ini dia dalam duk mencari model-model bangunan, terjumpa model sekolah area kampungku,.


Model Sek.Keb. Batu 48, Dungun

Model Menara Condong

Model kereta Audi A7

Model pesawat

Diecast model pesawat Air Asia

Architectural Models


Ok semua, setakat ini sahaja dulu penulisan saya mengenai tajuk kali ini,.wassalam =)

"Sesungguhnya menyampaikan ILMU itu satu IBADAH",. LOL,. <3 



RUJUKAN:-

1)http://www.thefreedictionary.com/model
2)http://en.wikipedia.org/wiki/Model

Saturday, 23 March 2013

APA ITU PROTOTAIP??!


Assalamualaikum, salam sejahtera, hai, hello, aniyosayo, koniciwa',sawaddikhap..
haa,..abis bahasa saya gunakan tuk pembuka bicara arini,.hehe,apa-apa pun semoga semua dalam keadaan sihat hendakNya.,

Minggu ni, topik yang dibicarakan adalah mngenai 'PROTOTAIP',.1st saya dengar perkataan tu semasa subjek inovasi & kreativiti semester tiga, waktu tu saya perlu buat projek tapi katanya perlu hanya dalam 'prototaip'..So saya bayangkan oow..mybe projek yang kami perlu buat bukanlah yang real,tidak berfungsi dan hanya sekadar bentuknya sahaja..

Namun,sebenarnya adalah sebaliknya,prototaip ni perlu buat dari bahan yang betul, boleh berfungsi cumanya tidak betul-betul cantik dari segi kemasan..Ini bermakna tanggapan awal saya mengenai 'prototaip' tu adalah salah sama sekali,.sekarang baru saya tau apa sebenarnya maksud 'prototaip' dan lebih detail lagi semasa diterangkan dalam kelas asas rekacipta minggu ini oleh puan fadila,.

Untuk makluman semua,.setelah diselidiki dengan menggunakan pak cik google lagi,.takrifan sebenar 'prototaip' ini adalah satu jenis, bentuk, atau contoh dari beberapa hal asli yang berfungsi sebagai contoh, asas, lambang, atau standard untuk hal-hal lain daripada kategori yang sama. Beberapa prototaip digunakan untuk mencari kecacatan. Perkataan ini diterbitkan daripada bahasa Greek (ptototypon), "bentuk primitif", neutral dari (prototypos), "asal, primitif", daripada (protos), "pertama" dan (typos), "kesan".
(Sumber: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)


Berikut adalah info lanjut mengenai 'prototaip' ini..

* Dalam rekabentuk interaksi atau HCI , ia boleh jadi suatu:-
-Siri lakaran skrin
-Papancerita, spt. Lakaran siri kartun
-Slaid power point
-Simulasi video tentang penggunaan sistem
-Bongkah kayu (PalmPilot)
-Model kad manila
-Perisian yang belum lengkap fungsiannya


Kenapa perlu bangunkan 'Prototaip'?
Ia adalah untuk:-

- Penilaian dan maklumbalas adalah fokus utama dalam rekabentuk interaksi
-Pemegang taruh boleh melihat, memegang, dan berinteraksi dengan prototaip labih mudah berbanding dengan dokumen dan rajah
-Ahli kumpulan pembangun boleh berkomunikasi secara efektif
-Prototaip menangani isu, membantu perekabentuk dalam memilih di antara alternatif rekabentuk



Mari kita lihat antara contoh barang-barang yang dihasilkan dalam bentuk prototaip :-


Basikal kadbord,.Smart!

Ni pula prototaip 'motosikal 2020'.,.canggih!

Prototaip 'Proton Sutera',.antara kereta malaysia yang sporty,nice!

Prototaip kereta yang canggih + moden,.

prototaip 'BWM Hybrid 7',.
kereta yang tidak menggunakan petrol + moden + canggih + sporty = very nice ;)

Prototaip awal daripada Apple

Ini pula protaip iphone seawal 2005


dan ini dia prototaip gajet yang sangat kreatif + inovatif + canggih dan terkini yang diberi nama 'PaperTab',.tab senipis kertas ini juga sangat fleksibel seolah-olah sekeping kertas dan masih belum di komersialkan.,let's enjoy this video=)



Dengan penerangan dan contoh-contoh yang tidak seberapa di atas sekurang-kurangnya lepas ini dapatlah sedikit gambaran, tahu dan faham apa yang dimaksudkan dengan prototaip. Sekian sahaja untuk topik ini,.wassalam,.adios,sayonara..babai..



RUJUKAN: 

1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Prototaip
2) https://www.google.com.my/url?
3) http://amanz.my/2013/01/papertab-prototaip-tablet-senipis-kertas/

Saturday, 16 March 2013

ERGONOMIK DALAM SESUATU REKA PRODUK....

Assalamualaikum w.b.t,.salam sejahtera semua., salam 1 malaysia =)
Alhamdulillah diam tak diam minggu ni telah selesai minggu ke lima kuliyah. Topik yang dibincangkan minggu ke 5 ni antaranya mengenai ERGONOMIK!!..

Apa yang diterangkan oleh pensyarah saya,.ergonomik ni adalah suatu sifat 'keselesaan' yang ada dalam sesuatu produk. Kebiasaannya sifat tersebut dikaitkan untuk manusia..contohnya dalam pembuatan kerusi, salah satu ciri-ciri atau sifat yang perlu ada adalah 'ergonomik'. Ia penting untuk keselesaan manusia bagi mengelakkan daripada berlakunya punca-punca mendapat sakit seperti sakit belakang, sakit pinggang dan sebagainya ketika duduk.

Ahak.! berikut adalah keterangan lanjut mengenai ergonomik setelah bodek-bodek bertanyakan pada pakcik google..=)

Menurut wikipedia, nama ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi). Bermaksud, rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia.

Prinsip-prinsip ergonomik adalah untuk :-
1) membaiki penggunaan antara pekerja dengan tempat kerja. 
2) Jenis peralatan yang mereka gunakan, bagaimana proses kerja dilakukan dan 
3) perkitaran tempat mereka bekerja.


Mari kita lihat contoh produk yang tiada sifat ergonomik dan produk yang memiliki sifat ergonomik..jom2 kita terjah,.:p 









Haa..inilah akibatnya sekiranya ciri-ciri ergonomik tiada dalam sesuatu produk,ia boleh mendatangkan perkara yang buruk terhadap manusia.Jadi...selepas ini kita hendaklah lebih peka lagi dalam menggunakan barangan. Kita haruslah menggunakna barang yang memiliki sifat ergonomik bagi mengelakkan kesan buruk yang akan berlaku pada kita sama ada jangka pendek atau jangka panjang,maka dengan itu...sayangilah diri anda. LOL!  ^L^




~ 3 Tip Mengelakkan Kesakitan Ketika Duduk Lama Menghadap Komputer ~

  1. Lakukan senaman ringkas bagi meregangkan otot-otot badan di ruang kerja kita.
  2. Gunakan teknik Pomodoro 30 minit. 25 minit digunakan untuk fokus melakukan kerja dan 5 minit untuk kita berehat sebentar.
  3. Lihat pemandangan landskap hijau untuk merehatkan mata yang kering akibat mengadap terlalu lama skrin monitor komputer.



RUJUKAN:-



Saturday, 9 March 2013

ReKaBeNtUk..!!


Minggu ke 4 kami membincangkan pula mengenai REKABENTUK, so apa yang boleh dibayangkan dan diperkatakan mengenai rekabentuk..?! Pada pandangan saya, rekabentuk adalah sesuatu yang direka dengan ciri-ciri tertentu dan bersesuaian dengan sesuatu produk dan juga mempunyai nilai-nilai kesenian serta berkaitrapat dengan kreativiti yang telah dibincangkan pada minggu ke 2.

Namun setelah mendapat sedikit maklumat daripada 'pak cik google' menurut Wikipedia Ensiklopedia Bebas ada menerangkan, "Rekabentuk biasa diterjemahkan sebagai seni terapan, seni bina dan berbagai pencapaian kreatif lainnya. Dalam sebuah kalimat, kata 'rekabentuk' boleh digunakan baik sebagai kata nama mahupun kata kerja. 

# Sebagai kata nama, 'rekabentuk' digunakan untuk menyebut hasil akhir dari sebuah proses kreatif, sama ada sebagai sebuah rencana, kertas kerja, persembahan, permodelan atau berbentuk objek nyata'. 
# Bagi kata kerja pula, 'rekabentuk memiliki erti 'proses untuk membuat dan menciptakan objek baru' "..

Menurutnya lagi.."Proses perekaan pada umumnya memperhitungkan aspek fungsi, estetika dan berbagai macam aspek lainya, yang biasanya datanya didapatkan dari kajian, pemikiran, perah otak, mahupun dari rekabentuk yang sudah ada sebelumnya",.yaa, itulah serba sedikit penerangan mengenai rekabentuk.

Selain daripada itu, rekabentuk juga mempunyai pengelasan dalam senirupa antaranya adalah:-

                                                        
     
     1) Rekabentuk grafik                        
     2) Rekabentuk pakaian
     3) Rekabentuk produk
     4) Rekabentuk dalaman



So, daripada penerangan di atas mungkin anda dapat memahami dan mengetahui serba sedikit mengenai REKABENTUK, right?!,=)

Nah! ini dia beberapa keping gambar untuk cuci mata anada semua...~ ^J ^ ~










































RUJUKAN:-
1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Reka_bentuk
2)https://www.google.com.my/search?hl=en&tbm=isch&sa=1&q=DESIGN&oq=DESIGN&gs_l=img.3...808016.810916.0.811323.15.9.0.0.0.0.0.0..0.0...0.0...1c.1.5.img.g_sxlkQXdOY&bav=on.2,or.r_cp.r_qf.&bvm=bv.43287494,d.bmk&biw=1366&bih=624&ech=1&psi=vQk8Ueq2AZCnrAf9pYGIBg.1362889153338.1&emsg=NCSR&noj=1&ei=vQk8Ueq2AZCnrAf9pYGIBg



Sunday, 3 March 2013

L@kAr@N mInGGu Ini !

Assalamualaikum semua..;)     

Minggu ini saya ingin menceritakan sedikit tentang 'LAKARAN' yang telah telah ditugaskan oleh pensyarah kami bagi kelas Asas Rekacipta,.Sebenarnya pada minggu lepas,kami telah ditugaskan oleh pensyarah kami untuk membuat lakaran sebanyak 30 lakaran benda,barang,haiwan atau sebagainya untuk dimuatkan ke dalam buku idea. So, saya telah melakar bermacam-macam benda yang terlintas di fikiran saya sewaktu membuat lakaran tersebut,.

Antaranya termasuklah pasu,baju,kapal layar,buah anggur, pisang, beg tangan, kek pun dilukis dik kerana teringin nak makan kek 'secret recepi' pada waktu tu..hehe.

           Alhamdulillah,.finally saya dapat menyiapkan juga 33 lakaran dengan melakar bermacam-macam jenis benda walaupun hasil lakaran saya tidak sehebat Imuda (Artis), tidak sehandal Ismail Ma'embong (Artis) or Lat (Kartonis Negara) tetapi saya bersyukur kerana lakaran yang dibuat saya ok la dari tangan yang keras ni.:p.Biasalah orang teknikal tetiba nak jadi orang seni la katakan..=)

            Kadang-kadang tengah kusyuk melukis terpikir jugak untung nya orang-orang yang diberi bakat oleh Allah Maha Besar, sebab dengan melukis juga kita dapat mengilhamkan apa yang kita rasa dan dapat melukis balik ciptaan Allah yang sangat hebat. 

Satu kelebihan bagi mereka yang berbakat dalam seni lukis ni pasti seronok dapat melukis ape je yang mereka nampak, dan mereka rasa. Dengan melukis juga kita boleh dapat kepuasan. Apa-apa pun kita tetap perlu bersyukur dengan nikmat yang tuhan berikan, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan dalam bidang-bidang masing-masing. Allah itu Maha Adil. Sekiranya kita berminat dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara pasti hasilnya tuhan akan berikan yang terbaik,.InsyaAllah..


Tadaa..ini lah antara hasil lakaran-lakaran yang dilkukis saya..boleh la kan..:p ~>J<~



















Ok,.guys,.sesiapa yang suka melukis nanti pasni boleh lah cuba-cuba asah bakat melukis or melakar pasti hasilnya terbaik,.InyaAllah.yang penting usaha dan minat.,.emm, ok lah sampai disini dulu catatan saya buat minggu ini,jumpa lagi.wassalam..;)