Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera semua ;)
Minggu ni topik yang akan dibincangkan mengenai 'HARTA INTELEK'.
First, apa yang dimaksudkan dengan harta intelek??
Let's me explain wokey..:)
Definisi:
Adalah hasil ciptaan minda; sama ada reka cipta, karya sastera dan seni, simbol, nama dan imej yang digunakan dalam perdagangan.
(sumber: eproduct design.com)
Antara kategori-kategori harta intelek adalah:-
1) Paten
2) Cap Dagangan (trademark trademark)
3) Hak Cipta (copyright)
4) Reka Bentuk Perindustrian
5) Petunjuk Geografi
6) Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu
7) Pembaharuan Utiliti (utility innovation)
8) Maklumat Perdagangan/Maklumat yang Tidak Diketahui (trade secret / undisclosed information)
Ok, saya tak nak crite panjang, juz nak share apa benda yang dimaksudkan stiap kategori kat atas tu.,
1) PATEN
~Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu reka cipta sama ada satu produk atau proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu atau untuk penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah.
2) CAP DAGANGAN (trademark)
~Tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain.
• Word mark :
i) invented word : SONY, NOKIA,SAMSUNG
ii) Non-descriptive word : Apple, Windows, UTMost
• Device mark : UTM logo Device mark : UTM logo
• Number : 7-11, 555
• Slogans : Nike “Just Do It”; KFC “Fingers Licking Good”, CANON "Delighting you always"
3) HAK CIPTA (copyright)
~Hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undangp kepada pemilik karya seperti karya sastera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang telah ditetapkan.
4) REKA BENTUK PERINDUSTRIAN
5) PETUNJUK GEOGRAFI
~Petunjuk yang mengenal pasti indikasi dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal ianya dikeluarkan.
6) REKABENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU
~Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang.
7) PEMBAHARUAN UTILITI
~ Pembaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu reka cipta ‘minor’ yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapatkan paten.
8) MAKLUMAT PERDAGANGAN / MAKLUMAT YANG TIDAK DIKETAHUI (trade secret / undisclosed information)
~ Merupakan maklumat yang terlindung yang secara amnya tidak diketahui dikalangan atau yang tersedia ada kepada mereka yang selalunya berurusan dengan jenis maklumat yang sedemikian dan yang mempunyai nilai komersil kerana maklumat sedemikian dan yang mempunyai nilai komersil kerana maklumat tersebut adalah rahsia dan mereka yang mempunyai kuasa kawalan ke atas maklumat tersebut telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat tersebut sebagai rahsia.
Semua info di atas saya perolehi daripada eproductdesign.com..so kalau nak tau lebih lanjut lagi bley la layari www.eproductdesign.com.=)
Semoga maklumat di atas dapat memberi input yang berguna mengenai apa yang dimaksudkan setiap kategori harta intelek di atas..sehingga berjumpa lagi olls,.adios,.;)